Pemain Bola di India Tiru Aksi Miroslav Klose , Maut Akibat Kecederaan Tulang Belakang.


Aksi akrobatik Miroslav Klose memang menjadi trademarknya apabila beliau menjaringkan gol..
Malangnya aksi beliau cuba ditiru oleh seorang pemain kelab bola di India dan tragiknya, beliau tidak berjaya mendarat dengan selamat dan mendapat kecederaan tulang belakang.


Pemain bola sepak Liga Perdana Mizoram India mati akibat kecederaan tulang belakang selepas melakukan aksi akrobatik meraikan jaringan gol. Peter Biaksangzuala, 23, cuba meniru aksi penyerang Jerman, Miroslav Klose yang gemar melakukan 'somersault'.

Perlawanan antara pasukannya, Bethlehem Vengthlang FC dan Chanmari West FC berlangsung Selasa lepas. Biaksangzuala, disahkan meninggal dunia selepas 5 hari terlantar di
Unit Rawatan Rapi Aizawl Civil Hospital.


No comments: