Kursus Masakan Sushi Jepun Halal dan The Burden Run 2014

Kursus Makanan Jepun Halal Bersama Chef Nabil

chef nabil
Nak cuba belajar masakan Jepun? Mari cuba belajar memasak enam jenis sushi yang akan diajar oleh tukang masak yang dikenali ramai iaitu Chef Nabil. Maklumat mengenai kursus tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Januari 2014
Masa: 10 Pagi hingga 1 Tengahari
Tempat: Studio Restoran Rebung, Bangsar

Peta


Bayaran: RM400 seorang

Percuma buku masakan chef Nabil yang bertajuk : Hidangan Sushi LAngkah Demi Langkah
Tempat terhad hanya untuk 20 orang sahaja dan perlu cepat supaya tak ketinggalan yer. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Chef Nabil di talian 017-4670595


Lari Bawa Beg Pasir 2014 atau The Burden Run 2014
 
The Burden Run 2014

Jika anda sudah bosan dengan trend berlari dengan yang bermula dengan marathon, merentas desa, lari pada waktu malam atau lari berhalangan, boleh cuba cabaran baru macam The Burden Run 2014. Acara The Burden Run 2014 ini akan diadakan di Stadium Sains Sukan Universiti Malaya (UM) pada 26 Januari 2014 bermula jam 7.30 pagi.

Acara ini merupakan acara yang unik dan para peserta perlu berlari sejauh 4.5 km diikuti dengan mengangkat bebanan beg pasir seberat 10 kilogram bagi lelaki dan 7 kilogram bagi wanita dan perlu membawanya bersama-sama bagi menamatkan baki larian 5.7 kilometer.

Juara bagi setiap kategori akan menerima RM1000 wang tunai, RM500 untuk tempat kedua dan RM250 untuk tempat ketiga. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.myraceonline.com atau www.facebook.com/TheBurdenRun Acara ini membabitkan kategori lelaki dan wanita dan terbuka kepada rakyat Malaysia dan warganegara asing berusia 17 tahun ke atas dengan yuran penyertaan RM65 seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Januari 2014 atau ketika penyertaan sudah mencapai 1500 orang peserta.